Sabtu, 11 Julai 2009

DRAMA BERSIRI - SI LUNCAI MODEN

INT - RUMAH AKU - RUANG TAMU - AKU,MEMBER - DAY

Boringnya aku rasa. Office aku hanyalah dirumah je, tak ada lokasi lain. Apalagi buka lap top lagi. terus menaip.
INSERT - SKRIN LAP TOP

SI LUNCAI MODEN adalah drama siri komedi aku yang pertama aku tulis untuk produksi SUHAN MOVIE. Aku pun terkejut jugak bila Suhan movie call aku, mana taknya selama ni aku hanya menulis untuk RadiusOne sdn bhd je. Satu lagi 3linemedia sdn bhd. (baru satu) Kiranya ini adalah penerbit ke3 pada aku laa..

Rupa-rupanya abg Haris Kadir yang rekomenkan, sebab dia pernah baca skrip aku, kebetulan penulis asal (episode 1-13) tak nak sambung menulis, mungkin sibuk kot. Dah rezeki aku agaknya. apa lagi aku pun terima tawaran menulis skrip ini untuk episode 14-26 (13 episode).

Yang bestnya aku pun tak pernah tengok Si Luncai episode 1-13 tu, gelabahlah aku maraton episode 1-13 dalam satu hari supaya aku tak lari konsep dan perwatakan. Dateline pulak hanya 3 minggu je sebab nak kejar TX yang dah dekat gila.

Akhirnya siap jugak 13 episode walaupun dateline aku terlajak 4 hari. (nasib baik tak kena saman)

Si Luncai Moden dah pun disiarkan di TV9.

Aku berhenti menaip dan cakap pada member aku yang baru sampai.

MEMBER

Laa..bila onair?
aku tak tau pun?

AKU

dah lama dah,
yang hang tengok Luncai kuno siapa suruh..
aku buat yang moden punya..
jika tak pernah tengok..
Buka www.tv9.com.my

Member aku pun rampas lap top aku kemudian buka laman web tv9 dengan selambanya (macam harta sendiri). Aku mula merunggut dalam hati.

V.O AKU
Sah! melekat 2-3 jam ni..
macam mana aku nak buat kerja ni..
Ish! menyesal cakap....


Aku pun ambil bantal baring atas sofa,untuk memujuk diriku sendiri, biaq dia gelak sorang-sorang.


CUT TO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blog Widget by LinkWithin