Selasa, 21 Julai 2009

SHOOTING - MAWI OH MAWI

INT - RUMAH AKU - RUANG TAMU - AKU - MALAM

Aku dah shut down lap top, lepas tu teringat yang aku ada gambar masa pi tengok set Mawi Oh Mawi. "On" lah balik..tekan keyboard lagi.

INSERT - LAP TOP


Megat memegang watak Budin, manakala Jaafar Onn memegang watak Jaafar. seorang Pak andam yang terpaksa menjual kuih raya dan kain tudung untuk mencari duit lebih..nak tahu kenapa..tungguuuuuuuuuuuuuuuuu
yang baju hitam tu, DOP, Radiusone guna kamera P2 untuk telemovie ini. Ini adalah scene dimana Jaafar memujuk jirannya menjual kain tudung..manakala jirannya itu (kak betty) berminat dengan mawi anak saudara Jaafar...kira ambil hati bapak saudaralah ni, terpaksa lah beli kain tudung... ISMA (director) ter interframe...hee..hee...
Scene dimana Jaafar kantoi dalam usahanya mencari keuntungan...Sarifah Sahora turut berlakon jadi Kak Melah seorang yang bagai internet bergerak.

yang baju puteh tu memegang watak Samsiah seorang pemandu teksi..kak Betty adalah tukang jahit..
Mek pulak memegang watak Nomi seorang penjual barangan kecantikan...

Siapa yang dapat menambat hati Mawi? adakah Kak Betty? atau Nomi? atau pun Samsiah...tungguuuuuuuuuuuuuuuu..siarannya di ASTRO RIA pada Hari Raya Aidilfitri nanti..

oklah aku nak bersiap-siap nak ke PERLIS esok...

Jumpa lagi

CUT TO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blog Widget by LinkWithin