Sabtu, 11 Julai 2009

TELEMOVIE - AKU JEBAT


INT - RUMAH AKU - RUANG TAMU - AKU,ABG AKU - DAY

Aku baru bangun tidoq, terus buka lap top. Perut lapaq ni, tapi tahan je laa.

INSERT - SKRIN LAP TOP

Aku baru siap buat teaser poster untuk telemovie terbaru yang aku tulis, cantik tak??boleh lah kot..sebab masih amatur.


Teaser Poster AKU JEBAT..Buat sendiri je..

Aku Jebat adalah projek gila aku sebab aku yang tulis skrip, aku yang jadi Asst. Director, Aku jaga Conty...memang tak pernah aku buat..pasal skrip aku sendiri berani laa..kalau orang lain punya mampuih aku tak buat.

Tiba-tiba abg aku bising.

ABANG AKU

Hoi, jom pi makan...

AKU

sat gi laaa...sibuk ni...

Aku malas nak layan dia, lepas tu dia pun layan Lap top dia..sah laa main games orang tua.

INSERT - LAP TOP SEMULA

Aku Jebat dah lama aku tulis, tahun lepas lagi, entah macam mana tahun ni baru sangkut. Aku Jebat mengisahkan....

Bagaimana Jebat yang terlalu taat pada majikannya tetapi akhirnya dia mengamuk kerana majikannya itu telah menghianatinya dalam cubaan membantu merawat kos pembedahan hati keatas anaknya, sehingga isterinya pulak tergadai dan dia akhirnya nekad merompak demi untuk menyelamatkan nyawa anaknya.


nak tau kisah lanjut...tunggu masa tayangannya nanti di TV3 pada 8 ogos slot cerekarama.

Telemovie ini pada asalnya Ulek Urai Productions Sdn Bhd yang nak terbitkan, entah apa kes..last-last Alphanium Sdn Bhd yang take over pulak Job ni...tak kisahlah janji on.

Gambaq masa aku shooting nanti lah aku upload ek...

Aku pun tutup lap top kejab nak mandi.



CUT TO

1 ulasan:

  1. Salam, saya sudah tonton Aku Jebat di TV3 Sabtu lepas dan saya mahu ucapkan tahniah, saya suka ceritanya, ada bayangan filem2 era Rahim Razali.

    BalasPadam

Blog Widget by LinkWithin