Sabtu, 11 Julai 2009

DRAMA BERSIRI - MR MAMA 2

INT - RUMAH AKU - BILIK AKU - AKU JE - DAY

Baru bangun tidoq, malas nak mandi lagi, terus buka lap top.

INSERT- LAP TOP.

Mr Mama masuk musim kedua. Kali ini Arash terus memegang watak Mr Mama.

Pada musim kedua pun sebanyak 13 episode. kali ini RadiusOne beri kepercayaan pada aku untuk menulis seorang diri. Dulu dengan Eenaz, musim kedua aku sorang-sorang yang tulis.

Alhamdulilah akhirnya siap juga ontime walaupun dua kali aku kena rombak.

kali ini yang mengarah Mr mama 2 adalah Haykal. pelakon tak banyak berubah cuma watak Afif yang bertukar atas sebab-sebab yang tak boleh dielakkan.

Rasanya kali ini tak banyak masalah sangat seperti Musim pertama, sebab aku dah mula selesa menulis dan masuk peringkat boleh lah tahan, kata Ezad laa. Cuma masih perlu perbaiki..

Mr Mama 2 dah lama dah ditayangkan. Mulai 17 Februari 2009..setiap selasa di TV3

Kemungkinan akan ada MR MAMA khas untuk hari raya 2009 nanti..tunguuuuuuuuuuuuuuuu..

INSERT - JAM dinding.



AKU

Mak oooiii, patutlaaa..(terkejut beruk)

Aku rasa badan berlengeih, Aku terus bangun dan nak mandi. kemudian rasa macam ada yang tak lengkap.

AKU

Opps! lupa..
kalau tak sempat tengok dulu tu..
boleh tengok semula di youtube atau
layari www.tv3.com.my

kemudian aku berpatah balik untuk ke bilik air nak mandi.

CUT TO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blog Widget by LinkWithin