Sabtu, 25 Julai 2009

PENGUMUMAN - Poster yang dah siap

INT - RUMAH AKU - RUANG TAMU - AKU DAN RAKAN-RAKAN - MALAM

Aku baru sampai kerumah setelah balik ke Perlis lawat mak sakit.

V.O AKU

Alhamdulilah mak dah sihat sikit..
.

Aku terus buka lap Top nak upload poster yang dah siap seperti yang telah aku janjikan..Isma yang siapkan..Isma YM aku masa aku ada di Perlis.
V.O AKU

Terima kasih Isma..

INSERT - POSTER MAWI OH MAWI


Cantik tak?...Aku suka...


Hah satu lagi, terkejut jugak dapat tau Yasmin Ahmad masuk hospital kena stroke..harap-harap dia sembuhlaa cepat. Aku minat sangat karya dia, yang pada aku unik.

Rumah aku ni ramai member-member aku melepak...hee..hee..dok tunggu nak tengok Telemovie aku yang akan keudara hari ni.. alaaa...Tajuk KETENTUAN . Harap-harap tak kena komen teruk, biasalah mulut housemate aku ni longkang sikit..kalau depa tak suka matilah aku kena kritik...


SELAMAT MENONTON SEISI KELUARGA
CUT TO

Selasa, 21 Julai 2009

PENGUMUMAN - Perubahan Waktu Tayangan


PENGUMUMAN


Tarikh Siar Telemovie KETENTUAN bukannya 18 julai 2009 tetapi di tunda kepada 25 Julai 2009 di TV3 slot cerekarama..atas sebab teknikal...harap maklum.


SHOOTING - MAWI OH MAWI

INT - RUMAH AKU - RUANG TAMU - AKU - MALAM

Aku dah shut down lap top, lepas tu teringat yang aku ada gambar masa pi tengok set Mawi Oh Mawi. "On" lah balik..tekan keyboard lagi.

INSERT - LAP TOP


Megat memegang watak Budin, manakala Jaafar Onn memegang watak Jaafar. seorang Pak andam yang terpaksa menjual kuih raya dan kain tudung untuk mencari duit lebih..nak tahu kenapa..tungguuuuuuuuuuuuuuuuu
yang baju hitam tu, DOP, Radiusone guna kamera P2 untuk telemovie ini. Ini adalah scene dimana Jaafar memujuk jirannya menjual kain tudung..manakala jirannya itu (kak betty) berminat dengan mawi anak saudara Jaafar...kira ambil hati bapak saudaralah ni, terpaksa lah beli kain tudung... ISMA (director) ter interframe...hee..hee...
Scene dimana Jaafar kantoi dalam usahanya mencari keuntungan...Sarifah Sahora turut berlakon jadi Kak Melah seorang yang bagai internet bergerak.

yang baju puteh tu memegang watak Samsiah seorang pemandu teksi..kak Betty adalah tukang jahit..
Mek pulak memegang watak Nomi seorang penjual barangan kecantikan...

Siapa yang dapat menambat hati Mawi? adakah Kak Betty? atau Nomi? atau pun Samsiah...tungguuuuuuuuuuuuuuuu..siarannya di ASTRO RIA pada Hari Raya Aidilfitri nanti..

oklah aku nak bersiap-siap nak ke PERLIS esok...

Jumpa lagi

CUT TO

SHOOTING - AKU JEBAT part 2

01-INT - RUMAH AKU - RUANG TAMU - AKU,HOUSEMATE - SIANG

Aku terbongkang tiduq, penat sangat sebab baru habis shooting Aku Jebat selama 8 hari.
Handphone aku berbunyi. SMS rupanya.



Macam tangan aku dah macam jadi batu, punyalah berat aku nak ambil handphone nak baca sms.

INSERT -HP

HOUSEMATE

dah bangun ke tak ni?
tolong sidai baju aku..
aku lupa nak sidaii..
aku pun dah terlewat bangun tadi..
jangan lupa tau

Aku malas nak balas, mata pun berat nak buka tapi aku sempat tengok jam di lap top aku yang terpasang dari semalam tak tutup-tutup.




V.O AKU

5 minit lagi laa..

Aku pun bantai tidoq lagi, perut lapaq, tapi malas nak bangun makan.terus sambung tidur.

DISSOLVE TO

SUPER - 2 Jam kemudian.

Konon nak tiduq 5 minit je lagi, tapi baru aku teringat yang aku kena jumpa isma di lokasi shooting Mawi Oh Mawi. Aku pun bangun.

CUT TO

02a - INT - RUMAH AKU - BILIK MANDI - AKU - SIANG - MONTAGE

Apa lagi kelam kabut aku mandi.

DISSOLVE TO

02b - INT - RUMAH AKU - BALCONY - AKU - SIANG - MONTAGE

Lepas mandi aku sidai baju pastu keluar nak pi BANGI.

DISSOLVE TO

02c - EXT - LEBUH RAYA - TRACKING - AKU - SIANG - MONTAGE

Dalam perjalanan..............
Basah kuyup aku lah aku sampai di Lokasi shooting Mawi Oh Mawi


CUT TO

03 - INT - RUMAH AKU - RUANG TAMU - AKU - MALAM

Aku pun baru sampai rumah, terus capai lap top untuk tebus janji aku nak tunjuk gambar masa aku shooting AKU JEBAT.

Ini je lah yang ada...

Sebab aku tak sempat nak ambil gambar sibuk jaga conty dan jadi AD.

Gambar watak Kamariah yang mengambil upah basuh baju dan lipat baju. Tengah bengang dengan jebat yang masih menganggur.

Gambar Prop. Keris yang digunakan.Aku ingatkan yang dummy punya..rupa-rupanya keris betul..takut pulak aku jika berlaku pertumpahan darah.

Gambar babak dimana Jebat dan rakan-rakannya berlatih silat. Scene flashback

Scene dimana Jebat akan mengamuk..tengah tension lah tu....

Itu je lah yang ada.

Nanti aku ceritakan masa shooting Mawi oh mawi pulak noh..

CUT TO

Selasa, 14 Julai 2009

SHOOTING - AKU JEBAT

01 - EXT - RUMAH AKU - AKU,EXTRA - MALAM

Aku baru habis shooting. baru aku lepas park motor ada jiran tegur.

JIRAN

mana pi?

tak nampak 2..3 hari?..


AKU


Shooting bang...


JIRAN


Kata tulis skrip kat rumah..
kena turun set jugak ke?

AKU

Bidan terjun je bang...

JIRAN


Oooooo...


Aku pun blah..sebab letih sangat.

DISSOLVE TO

02-INT - RUMAH AKU - RUANG TAMU - AKU - MALAM

Letih bagai nak tertidur. Tapi masih sempat merangkak mengambil lap top dan "on". Gian sebab dah 12 jam tak tekan keyboard.

Aku pun mula tekan key board.

INSERT - LAP TOP

Aku habis awal shooting hari ni, masa 2nd day shooting (13 Julai 2009)..sampai pukul 4 pagi baru habis shooting. Yang paling best tetapi seram pulak tengkok aku masa tu sebab...

skrip aku ada tertulis "Insert" jam dinding pukul 3 pagi Scene kemalangan pulak tu...pada masa yang sama kebetulan pulak masa kami shooting tu, aku tengok jam tangan, time masa tu ngam-ngam pukul 3 pagi. Aku dah gelabah..sebab macam dejavu pulak.

Aku cakap pada pengarah, baik-baik sikit manalah tau, jika ada sesuatu kecelakaan pulak..sebab apa yang aku tulis tu macam betul-betul terjadi. tetapi nasib baiklah..kemalangan yang kami rancang tidak menjadi kenyataan...hanya lakonan...alhamdulilah.

Aku menguap...
V.O AKU

mengantuknya...

Aku terus buat bodoh, dan terus menaip dan upload gambar.



SCENE dimana watak Kamariah cuba melarikan diri, manakala watak Arca masih terbaring tidur. (mereka mangsa untuk dijadikan pelacur)

Scene dimana selepas Jebat mengamuk. INI GAMBAR CONTY sebenarnya..hee..hee

Gambar Conty make up.

Arca lakonan Nadia Mustapha mangsa warga asing dari indonesia yang datang ke Malaysia oleh sendiket yang menjalankan kegiatan pelacuran yang berselindung disebalik perkhidmatan pembantu rumah asing .





Jebat lakonan AdzrieFaiz yang telah diberhentikan dari bekerja di kilang terpaksa bekerja mengutip barangan lusuh untuk dijual. Scene diatas menunjukkan Jebat hampir dilanggar oleh Budin (lakonan Hanafi) rakannya dari kecil yang sudah lost contact selama 6 tahun.


Gambar semasa silap berlakon..Scene not good (NG).. sebab tu dioarang ketawa..budak tu..layan tidur pulak...seriusnya berlakon

Dila anak Jebat mengidap penyakit hati yang memerlukan penderma hati. Budin yang rekomenkan pekerjaan baru kepada Jebat nanti yang mana akhirnya menyebabkan Jebat mengamuk..
Korang nak tau..budak perempuan tu boleh hafal surah Yassin sampai habis..ternganga mulut aku dengar budak tu baca..baru umur 5 tahun....

Aku menguap lagi.



Letih lah pulak.

Aku pun nak tidur dulu laa..

AKU

Bye..nanti kita jumpa lagi ek..
nanti ambil gambar lagi..

Aku pun tutup lap top

CUT TO


Sabtu, 11 Julai 2009

TELEMOVIE - MAWI OH! MAWI

Aku letak banner je lah..poster nanti Isma yang buat kan kot...

INT - RUMAH AKU - RUANG TAMU - AKU,HOUSEMATE - NIGHT

Baru lepas balik makan, masuk terus ambil lap top, housemate-housemate aku layan tengok tv filem hantu jepun.

Aku pun layan menaip sambil-sambil mata menjeling ke TV.

INSERT - SKRIN LAP TOP

Mawi Oh! Mawi adalah skrip ke6 aku dengan RadiusOne Sdn Bhd. Tapi kali ini adalah 1st time karya tulisan aku masuk astro...astro mana aku tak comfirm lagi..mungkin Ria..mungkin Prima..nanti aku tanya penerbit.


Telefilem ini akan mula pengambaran pada 18 julai nanti, pengarahnya Isma Yusoff. Ini kali ke2 dia Direct skrip yang aku tulis. Idea asal Mawi Oh! mawi adalah datang dari Ezad dan Isma sendiri.

Kalau hampa semua nak tau telemovie ni lagu mana..nanti tengok lah ya..nak habaq awai-awai nanti tak best laa..

Masa Shooting nanti aku turun tengok kot..kalau ada gambar nanti aku upload..tunggguuuuuuuuuuu

dah tak tau nak tulis apa dah...



nanti jika ada apa-apa aku update...


Terus biarkan lap top "on", aku layan tengok TV pulak.

CUT TO

TELEMOVIE - KETENTUAN

Poster Teaser Telemovie Ketentuan...Buat sendiri lagi....



INT - RUMAH AKU - RUANG TAMU - AKU-MALAM

Tengok tv tak ada yang best, layan taip blog lah kejab.

INSERT - LAP TOP


Ketentuan adalah terbitan SRS Productions Sdn Bhd. Milik pelakon Rozie Othman. Ini adalah company ke4 yang beri peluang aku buat skrip.

Ketentuan cerita asal adalah milik SRS Production Sdn Bhd, aku hanya buat skrip je... dah siap masuk post production. 3 hari lepas aku pi studio masih lagi dalam format offline, sekarang dah siap online dah kot...

Tak pernah aku buat cerita berunsurkan keagamaan dan tangkap nangis..cuba buat je..manalah tau menjadi asyik buat cerita komedi je.

Masa tayangan adalah 18 Julai 2009 di TV3 slot cerekarama. Ini 1st time skrip telemovie aku masuk slot cerekarama, resah jugaklah aku nak tunggu komen pihak tv3. Tapi nasib baik belum ditayangkan lagi pihak TV3 suka skrip aku terus diorang offer 2nd job...AKU JEBAT pulak. Jebat onair 8 ogos 2009.

Ketentuan mengisahkan 3 beradik perempuan yang berlatarbelakangkan kehidupan yang berbeza, kak ngah mereka lakonan Yasmin Hamid yang paling bernasib baik dalam hidupnya tetapi sikapnya berubah setelah hidupnya mewah. kak Long lakonan Sapura pula menyimpan dendam tetapi "air dicincang tak kan putus", manakala adik bongso lakonan Aida Aris seorang yang paling banyak mengalah...

nak tahu konfik keluarga mereka saksikanlah nanti di TV3 slot cerekarama.

Oklah aku nak mandi nak pi makan pulak.



CUT TO

TELEMOVIE - AKU JEBAT


INT - RUMAH AKU - RUANG TAMU - AKU,ABG AKU - DAY

Aku baru bangun tidoq, terus buka lap top. Perut lapaq ni, tapi tahan je laa.

INSERT - SKRIN LAP TOP

Aku baru siap buat teaser poster untuk telemovie terbaru yang aku tulis, cantik tak??boleh lah kot..sebab masih amatur.


Teaser Poster AKU JEBAT..Buat sendiri je..

Aku Jebat adalah projek gila aku sebab aku yang tulis skrip, aku yang jadi Asst. Director, Aku jaga Conty...memang tak pernah aku buat..pasal skrip aku sendiri berani laa..kalau orang lain punya mampuih aku tak buat.

Tiba-tiba abg aku bising.

ABANG AKU

Hoi, jom pi makan...

AKU

sat gi laaa...sibuk ni...

Aku malas nak layan dia, lepas tu dia pun layan Lap top dia..sah laa main games orang tua.

INSERT - LAP TOP SEMULA

Aku Jebat dah lama aku tulis, tahun lepas lagi, entah macam mana tahun ni baru sangkut. Aku Jebat mengisahkan....

Bagaimana Jebat yang terlalu taat pada majikannya tetapi akhirnya dia mengamuk kerana majikannya itu telah menghianatinya dalam cubaan membantu merawat kos pembedahan hati keatas anaknya, sehingga isterinya pulak tergadai dan dia akhirnya nekad merompak demi untuk menyelamatkan nyawa anaknya.


nak tau kisah lanjut...tunggu masa tayangannya nanti di TV3 pada 8 ogos slot cerekarama.

Telemovie ini pada asalnya Ulek Urai Productions Sdn Bhd yang nak terbitkan, entah apa kes..last-last Alphanium Sdn Bhd yang take over pulak Job ni...tak kisahlah janji on.

Gambaq masa aku shooting nanti lah aku upload ek...

Aku pun tutup lap top kejab nak mandi.



CUT TO

DRAMA BERANTAI - MERAH PUTEH


video

INT - RUMAH AKU - RUANG TAMU LAGI - AKU - DAY

Lepas makan pun masih belum ada mood nak menulis, terus aku layan chatting. Tak ada sesiapa pun yang nak chat dengan aku.

Mulalah tulis blog yang masih aku merangkak-rangkak belajar dengan Housemate aku.

INSERT SKRIN LAP TOP.

MERAH PUTEH adalah Skrip yang ke5 aku buat untuk RadiusOne Sdn Bhd. Merah Puteh buat pertama kalinya Isma Yusoff yang direct.

Kelam kabut aku buat skrip Merah Puteh, mau taknya..aku kena siapkan skrip dalam masa sebulan untuk 20 episode..sebab nak kejar TX yang dah nak dekat.

Pernah aku blank selama 6 hari tak ada idea nak menulis...paksa punya paksa akhirnya siap jugak 20 episode dengan banyak ejaan yang salah. Inilah kali pertama aku tulis hanya 1st Draft dah terus shooting..selalunya 2-3 draft baru aku email pada penerbit, tapi masa dah suntuk sangat, dengan hanya 1st draft terpaksa shooting jugak, pening kepala Isma nak mengarah..kesian diorang...terpaksa rombak skrip di Lokasi shooting...

Teaser poster untuk Merah Puteh.

Poster sebenar Merah Puteh.

MERAH PUTEH ditayangkan diTV3 dan di TV9 untuk slot lagenda. Merah puteh ala-ala Bawang Puteh Bawang Merah, tetapi versi lelaki. Tajuk asal Merah puteh adalah LOBAK MERAH LOBAK PUTEH tetapi atas alasan berbau lucah terpaksa kekalkan MERAH PUTEH sahaja. Itulah sejarahnya.

Idea asal siri ini adalah dari Isma dan Ezad. Aku tukang buat skrip je.

OST Merah Puteh membariskan lagu yang meletop.

Amylea AF - Lagu AKU DAN MIMPI



video

AIZAT AF - Lagu KAU DAN AKU


video
KUMPULAN BAU - Lagu ANGGUN


video

Video Clip Amylea telah dibuat baru, dah shooting pun. Bront Palare yang direct. nanti jika dan siap aku try upload, layan yang ni dulu laa..Okey....
Poster lagi..he..he

Kemudian aku mengantuk dah nak tutup lap top.



CUT TO
Blog Widget by LinkWithin