Sabtu, 11 Julai 2009

DRAMA BERANTAI - MERAH PUTEH




INT - RUMAH AKU - RUANG TAMU LAGI - AKU - DAY

Lepas makan pun masih belum ada mood nak menulis, terus aku layan chatting. Tak ada sesiapa pun yang nak chat dengan aku.

Mulalah tulis blog yang masih aku merangkak-rangkak belajar dengan Housemate aku.

INSERT SKRIN LAP TOP.

MERAH PUTEH adalah Skrip yang ke5 aku buat untuk RadiusOne Sdn Bhd. Merah Puteh buat pertama kalinya Isma Yusoff yang direct.

Kelam kabut aku buat skrip Merah Puteh, mau taknya..aku kena siapkan skrip dalam masa sebulan untuk 20 episode..sebab nak kejar TX yang dah nak dekat.

Pernah aku blank selama 6 hari tak ada idea nak menulis...paksa punya paksa akhirnya siap jugak 20 episode dengan banyak ejaan yang salah. Inilah kali pertama aku tulis hanya 1st Draft dah terus shooting..selalunya 2-3 draft baru aku email pada penerbit, tapi masa dah suntuk sangat, dengan hanya 1st draft terpaksa shooting jugak, pening kepala Isma nak mengarah..kesian diorang...terpaksa rombak skrip di Lokasi shooting...

Teaser poster untuk Merah Puteh.

Poster sebenar Merah Puteh.

MERAH PUTEH ditayangkan diTV3 dan di TV9 untuk slot lagenda. Merah puteh ala-ala Bawang Puteh Bawang Merah, tetapi versi lelaki. Tajuk asal Merah puteh adalah LOBAK MERAH LOBAK PUTEH tetapi atas alasan berbau lucah terpaksa kekalkan MERAH PUTEH sahaja. Itulah sejarahnya.

Idea asal siri ini adalah dari Isma dan Ezad. Aku tukang buat skrip je.

OST Merah Puteh membariskan lagu yang meletop.

Amylea AF - Lagu AKU DAN MIMPI





AIZAT AF - Lagu KAU DAN AKU



KUMPULAN BAU - Lagu ANGGUN




Video Clip Amylea telah dibuat baru, dah shooting pun. Bront Palare yang direct. nanti jika dan siap aku try upload, layan yang ni dulu laa..Okey....
Poster lagi..he..he

Kemudian aku mengantuk dah nak tutup lap top.



CUT TO

1 ulasan:

  1. mana sy boleh dptkan cerita ini? ada jual cd ke? laman web yg boleh sy download mybe?

    BalasPadam

Blog Widget by LinkWithin