Sabtu, 11 Julai 2009

DRAMA BERSIRI - MR MAMA 1


INT - KEDAI MAKAN MAMAK- AKU,EXTRA - DAY

Aku sedang sibuk mencari wifi free, nasib baik jumpa.

MAMAK

Mau makan apa?

Aku dah kenyang sebenaq nya.

AKU

Ayaq kosong satu...Eerrrr, password apa ek?

Sambil tersengeh, dan buat bodoh je, bila mamak tu macam malas nak bagi password wifi.

Aku pun mula menulis blog sorang diri.

INSERT - Skrin Lap Top

Inilah drama bersiri yang pertama aku tulis. Aku tulis bersama dengan Eenaz Mohtar. Mula-mula takut jugak sebab tak pernah aku buat drama komedi, atas sokongan Ezad aku pun memberanikan diri, buat laaa pelan-pelan. Akhirnya siap 13 episode.

Macam-macam dugaan berlaku masa shooting drama Mr Mama ni, pengarah bertukar 2 kali, mula mula Rozi yang direct, lepastu tukar MP Roslin pulak.

Yang paling memeningkan kepala aku dan Eenaz bila nak kena rombak skrip semula..sebab pelakon utama Rashidi Ishak masuk Hospital...jadi terpaksalah aku dan Eenaz matikan watak Fikri, ganti pulak dengan Arash Mohd memegang watak Mr Mama.

Mr Mama dah ditayangkan di TV3 mulai 29 April 2008. Sebanyak 13 episode. Terbitan RadiusOne Sdn Bhd.

Tapi alhamdulilah akhirnya penat lelah berbaloi bila... jeng-jeng..


sedang syok aku upload gambaq, mamak tu mai pulak. Dia hantaq air kosong aku.

MAMAK

Nah!!!

Aku senyum plastik.

AKU

Kira...

Aku pun huluq duit, minum sikit, pastu blah. yang penting aku dah dapat password wifi dia, lain kali aku lepak depan kedai dia pun masih boleh guna lagi wifi dia. Pandai tak aku. hee..hee..

CUT TO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blog Widget by LinkWithin