Selasa, 14 Julai 2009

SHOOTING - AKU JEBAT

01 - EXT - RUMAH AKU - AKU,EXTRA - MALAM

Aku baru habis shooting. baru aku lepas park motor ada jiran tegur.

JIRAN

mana pi?

tak nampak 2..3 hari?..


AKU


Shooting bang...


JIRAN


Kata tulis skrip kat rumah..
kena turun set jugak ke?

AKU

Bidan terjun je bang...

JIRAN


Oooooo...


Aku pun blah..sebab letih sangat.

DISSOLVE TO

02-INT - RUMAH AKU - RUANG TAMU - AKU - MALAM

Letih bagai nak tertidur. Tapi masih sempat merangkak mengambil lap top dan "on". Gian sebab dah 12 jam tak tekan keyboard.

Aku pun mula tekan key board.

INSERT - LAP TOP

Aku habis awal shooting hari ni, masa 2nd day shooting (13 Julai 2009)..sampai pukul 4 pagi baru habis shooting. Yang paling best tetapi seram pulak tengkok aku masa tu sebab...

skrip aku ada tertulis "Insert" jam dinding pukul 3 pagi Scene kemalangan pulak tu...pada masa yang sama kebetulan pulak masa kami shooting tu, aku tengok jam tangan, time masa tu ngam-ngam pukul 3 pagi. Aku dah gelabah..sebab macam dejavu pulak.

Aku cakap pada pengarah, baik-baik sikit manalah tau, jika ada sesuatu kecelakaan pulak..sebab apa yang aku tulis tu macam betul-betul terjadi. tetapi nasib baiklah..kemalangan yang kami rancang tidak menjadi kenyataan...hanya lakonan...alhamdulilah.

Aku menguap...
V.O AKU

mengantuknya...

Aku terus buat bodoh, dan terus menaip dan upload gambar.



SCENE dimana watak Kamariah cuba melarikan diri, manakala watak Arca masih terbaring tidur. (mereka mangsa untuk dijadikan pelacur)

Scene dimana selepas Jebat mengamuk. INI GAMBAR CONTY sebenarnya..hee..hee

Gambar Conty make up.

Arca lakonan Nadia Mustapha mangsa warga asing dari indonesia yang datang ke Malaysia oleh sendiket yang menjalankan kegiatan pelacuran yang berselindung disebalik perkhidmatan pembantu rumah asing .





Jebat lakonan AdzrieFaiz yang telah diberhentikan dari bekerja di kilang terpaksa bekerja mengutip barangan lusuh untuk dijual. Scene diatas menunjukkan Jebat hampir dilanggar oleh Budin (lakonan Hanafi) rakannya dari kecil yang sudah lost contact selama 6 tahun.


Gambar semasa silap berlakon..Scene not good (NG).. sebab tu dioarang ketawa..budak tu..layan tidur pulak...seriusnya berlakon

Dila anak Jebat mengidap penyakit hati yang memerlukan penderma hati. Budin yang rekomenkan pekerjaan baru kepada Jebat nanti yang mana akhirnya menyebabkan Jebat mengamuk..
Korang nak tau..budak perempuan tu boleh hafal surah Yassin sampai habis..ternganga mulut aku dengar budak tu baca..baru umur 5 tahun....

Aku menguap lagi.



Letih lah pulak.

Aku pun nak tidur dulu laa..

AKU

Bye..nanti kita jumpa lagi ek..
nanti ambil gambar lagi..

Aku pun tutup lap top

CUT TO


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blog Widget by LinkWithin