Isnin, 22 Mac 2010

TARIKH TAYANGAN


TELEMOVIE ANAK-ANAK LORONG

28 MARCH 2010

10.30 MALAM DI ASTRO PRIMA

Sabtu, 20 Mac 2010

SEKOLAH

INT - RUMAH AKU - RUANG TAMU - AKU - SIANG


FACE BOOK

Mmmmmm..baguih dok ada laman web sosial ni rupanya., Boleh jumpa kawan kawan lama dari sekolah rendah sampai menengah...bestnya.
Ini sekolah2 saya yang ada page di Face Book.

INSERT - LOGO SRKST



Ini sekolah rendah. Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Tunjung. (Darjah 1 - 6) 1985 - 1990

Masa aku belajaq di sekolah ni, pencapaian aku memang menakjubkan, mana tak nya bila ada peperiksaan aku selalu dapat bottom 5..(BUKAN TOP 5 tau)...no 5 dari belakang..huhu..tapi kalau bab Lukisan aku markah paling tinggi. Sampai aku dilantik menjadi President Kelab seni Lukis..waa cakap Lu.. pernah mengadap Raja perlis terima Hadiah (dapat No 3 pertandingan melukis peringkat kebangsaan ketegori sek rendah je laa).

Kalau bab sukan..mmmm..sedih sikit...malu lah nak cerita...mana tak nya..selama 6 tahun aku masuk sukan hanya pernah menang pertandingan lari dengan tali skipping je...huhu...(tapi pingat emas tau..(makan hati budak perempuan) ahhahaha

Pernah jadi pengawas..tapi best nya nama aku yang paling banyak tercatat dalam report guru pengawas...nak tau kesalahan apa? Aku yang paling bising dalam kelas...hahahahah..





INSERT - LOGO SMTS

Ini sekolah Menengah . Sekolah Menengah Tengku Sulaiman (tingkatan 1 - 3 tahun 1991 - 1993)

Masa aku belajaq disekolah ni pun tak banyak sangat yang aku ingat dah. Yang aku ingat aku masih selalu dapat bottom 3 jika ada peperiksaan. Masuk kelas sains Tulin tapi subjek Sains tak tulin pun..selalu merah

Tapi yang penting..markah periksaan subjek lukisan aku tetap tertinggi tak pernah dapat bawah dari 90%..kalau subjek lain terutamanya matematik berpeluh nak dapat atas 40% pun. Kalau bahasa Melayu lagi laa..selalu atas pagar..macam mana aku boleh jadi penulis skrip pun entah laaa..hahahah.

Tapi bila periksa PMR aku buat kejutan..sebab budak yang selalu jadi Bottom 3 selama 3 tahun berturut-turut boleh jadi juara..juara apa? aku jadi BEST STUDENT PMR..Mak aku, cikgu-cikgu aku macam tak percaya....aku pun tak percaya.. mak aku pun datang lah terima hadiah dan Sijil bagi pihak aku...bangga jugak aku..

Tapi ada peristiwa sedih jugak, sebab masa aku ambil periksa PMR tulah abah aku meninggal dunia. Sakit jantung..sebab tu aku semangat lebih kot nak jadi Best Student of the year..


INSERT - LOGO - KSAH
Ini Sekolah Menengah Jugak. Kolej Sultan Abdul Hamid. (tingkatan 4 - 5 tahun 1994 - 1995)

Masa aku datang sekolah ni, tak banyak sangat yang bestnya..sebab aku adalah pelajar yang paling skema... Tapi aku jadi pengawas perpustakaan jangan marah..budak skema lah katakan.

Aku belajar Sains 1, kelas sains tulin..tapi macam biasalah..aku tetap masuk pertandingan melukis..pernah dapat no 3 mewakili negeri Kedah..

Masa disekolah nilah aku dimalukan oleh cikgu aku...huhuhu...mana taknya aku dipaksa bersyair diatas pentas semasa perhimpunan..malunya tuhan saja yang tahu..basah baju aku dengan peluh. Tapi bagus jugak itu. inilah lah ayat-ayat permulan aku minat dalam bidang sastera.

SPM aku boleh tahan laa..Gread 1...aku pun masuk Uitm lepas tu..itu je laaa..


Masa di Uitm lah aku mula terjebak dengan menulis skrip teater sains..menang persembahan teater terbaik tau..selain itu aku mula menulis untuk majalah Uitm...he..he..tapi bahasa berterabur laa..lepas tu berangan nak masuk Akademi TV3 tapi mahal lah pulak..huhu..terus tak jadi..

Terus kerja....

Kalau ada yang kenai-kenai tu..boleh lah kita berjumpa noh..nak jugak jumpa member-member lama.

CUT TO

PROMO - HOTEL MANIA

HOTEL MANIA


SERIES - HOTEL MANIA




INT - RUMAH AKU - RUANG TAMU - MALAM


Dah lama tak update blog, sebab bz sangat menulis skrip baru untuk TV3 ,RTM dan Astro. Nak tidur tak leh nak tidur, nak menulis blank seketika..huhu


1st time aku menulis untuk KRU..terima kasih Nizam Zakaria kerana bagi saya peluang menulis dibawah arahannya. Hotel Mania..sebuah Drama muzikal pertama di Malaysia..


Penulis yang terlibat untuk Episode 1 - 13 Nizam Zakaria (ketua Penulis dan pengarah), Hazaril Firdaus, Zamnorashikin, manakala Episode 14 - 26 Nizam Zakaria (ketua penulis dan pengarah, Sofia Aliza, Mohd Rohizan Ramli(saya laa).


Selamat menonton.



CUT TO



Khamis, 25 Februari 2010

BERITA - ANAK-ANAK LORONG

BORAK LOKASI: Nasib pelacur dalam Anak-Anak Lorong

Oleh Esme Johari Wahab
esme@hmetro.com.my
2010/02/25

BAU busuk dan meloyakan menusuk hidung sebaik saja menjejak kaki di hotel bajet di Lorong Haji Taib 4, Kuala Lumpur. Suka atau tidak, ia perlu juga dihidu kerana itulah lokasi penggambaran Anak-Anak Lorong.

Bau busuk itu semakin kuat sewaktu menaiki tangga untuk ke tingkat dua. Tiba tiba terdengar beberapa jeritan serta pekikan kuat seorang perempuan.

Dia adalah Sofea (lakonan Lisdawati), sedang bertengkar dengan Cikgu Mariah (Sheera Iskandar) yang datang bersama seorang rakan untuk membantunya serta menyampaikan risalah mengenai HIV.

Sofea trauma kerana baru saja mendapat tahu dia menghidap HIV positif selepas menjalani pemeriksaan doktor. Sofia menghamburkan kata-kata marah dengan nasihat yang diberikan Mariah dan mula terkenangkan dua anak diabaikan iaitu Amira, 8, (Erin Azali) dan Azim, 5, (Haikal Azali). Sungguh tragik apabila Azim juga menghidap HIV seperti ibunya.

Kedatangan cikgu itu membuatkan Sofea tertekan apatah lagi selepas menyedari dia ditipu oleh Daud (Fauzi Nawawi) yang mungkir janji untuk mengahwininya.
Daud sebaliknya menjadikan Sofea tempat mengaut duit. Dia turut menjual dua anaknya kepada satu sindiket kanak-kanak diketuai Zack Taipan.

Itu adalah antara jalinan cerita telemovie Anak-Anak Lorong membabitkan pelakon berkenaan dan kru produksi di hotel itu. Penggambarannya berlangsung selama tiga hari.

Pengarah, MP Roslin Md Sharif, 43, berkata, telemovie itu memaparkan kasih sayang dan kisah kehidupan anak pelacur yang tidak dipedulikan ibu sendiri.
"Menerusi tayangan selama 90 minit, 60 peratus berkisar mengenai emosi. Jangan salah anggap ia ada persamaan dengan karya Erma Fatima menerusi Tersasar Di Jalanmu.

"Garapan Anak-Anak Lorong bukan mengenai pelacur, tetapi berkisar kehidupan harian yang sukar dan tidak menentu dilalui anak pelacur.


"Filem itu cuba memaparkan kehidupan sebenar anak Lorong Haji Taib. Saya cuba ubah anggapan masyarakat bukan semua anak dilahir dan membesar di situ teruk. Malah, ada antara mereka yang bijak.

"Tidak semestinya kalau ibu jadi pelacur, anak pun ikut sama. Dalam cerita itu, watak Mariah dan Sofea berasal daripada anak lorong, tetapi melalui nasib berbeza daripada segi perjalanan hidup.

"Dalam telemovie itu, terdapat babak Amira dan Azim datang ke sekolah dan diajar Mariah. Anak-anak lorong juga berpotensi sama seperti kanak kanak normal lain kalau diasuh dengan betul," katanya.

Pengarah kelahiran Segambut Dalam yang mula mengarah sejak 1989 ini berkata, penggambaran keseluruhan memakan masa sembilan hari.

"Kami membuat penggambaran selama 15 hingga 16 jam sehari. Terdapat banyak gangguan terutama bunyi bising pengunjung keluar masuk hotel bajet. Lagipun, kami terpaksa mendapat bantuan polis untuk mengawal keselamatan kru sepanjang penggambaran dibuat.

"Antara lain, kami terpaksa membuat semula rakaman berikutan rumah pondok digunakan hilang ketika ditinggalkan di luar hotel itu ketika berehat. Saya sendiri disoal polis sewaktu mencari lokasi sesuai bagi mendapatkan situasi sebenar kanak kanak bermain di bawah lampu samar-samar pada waktu malam. Apapun, saya berpuas hati dengan dengan kualiti penggambaran ini," katanya.

TAJUK: Anak-Anak Lorong
TERBITAN: Desa Kreatif Sdn Bhd
GENRE: Drama Berat
PENERBIT EKSEKUTIF: Rezah / Shafirul Nizam
PENGARAH: MP Roslin Md Sharif (FDAM)
PENULIS SKRIP: Mohd Rohizan Ramli (Jai)
PENOLONG PENGARAH: Hazreen Hakim
PENGURUS PRODUKSI: Haji Hishammudin
PROP MASTER: Ahmad Rizuwan Abdullah
PROPMAN: Muhd Noor Ridduan Abdullah
JURUSOLEK: Wawa
RUNNER: Hairulsyukree Zawawee
HANDY: Mohd Jamalizan Kino/Mohd Mohadi Shaari/Norainon Abdul Rani
CO-ODINATOR: Shahroll Nizam Alias
JURUKAMERA: Helmizan Abdul Hamid (Apun)
PENATA CAHAYA: Faisal Din/Abdul Talib Mohd Amin
PENATA BUNYI: Mohd Roslan Ripin
BOOM MAN: Muhd Azeze Mohmad Kamarudin
PELAKON: Adik Haikal Azali, Adik Erin Azali, Lisdawati, Fauzi Nawawi, Ery Putra, Wan Maimunah, Sheera Iskandar, Roslan Saleh dan Zack Taipan
SIARAN: Astro Prima (105)
TEMPOH: 90 MINIT (Slot 2 jam)
KATEGORI : Telemovie
JANGKA TAYANGAN: Mac 2010

Khamis, 11 Februari 2010

KEPUTUSAN PITCHING RTM

INT - RUMAH AKU - RUANG TAMU - AKU - SIANG

Baru lepas mandi tak tahu nak buat apa walaupun masih berbelas episode lagi skrip aku yang tak siap, tiba-tiba, semasa aku nak duduk melepak ala-ala anak dara sunting yang malu-malu bagai nak dipinang Dato..

SFX - jeng!.Jeng!..kedebum!! kedebam!!

AKU
Woi diam laa,,....Sibuk je.
.

Itu lah padah music score yang tak kena tempat...

AKU
[mengeluh] potong stim betul..

SFX - Aaaaaaaaaaa...

Oklah serius-serius,,

aku pun dah naik lupa tentang Pitching dengan RTM. Tahun lepas March 2009 aku hantar 20 proposal semua tak sangkut. Aku adjust sikit hantar pada TV3 dan Astro Lulus, alhamdulilah lah..


Kali kedua aku mencuba nasib Pitching kali kedua bulan 11, 2009, aku hantar 5 je..tak harap sangat sebab masa aku pitching hari tu, aku tengok panel macam menguap dan mengantuk je pada aku yang membebel apa entah sampai aku sendiri pun tak tahu apa yang aku cakap..he..he..bila keluar dewan sah-sah lah tak lepas..

Tapi alangkah terkejut beruknya aku.. macam aku dapat result SPM 16 A..bila Producer United Kadila(Asa 2020) call aku mengatakan satu proposal aku sangkut tajuknya "USTAZAH DARI UK"..terpilih oleh panel RTM buat julung-julung kalinya nama aku sangkut di RTM .

Melompat bagai orang gila.


V.O JIRAN AKU
Woiiii..runtuh apatment ni karang...bawa-bawa lah mengucap sayang oiii..


Aku pun terdiam seketika, bertafakur. Dan duduk berbaring diatas sofa sambil senyum.
Aku pun fikir kenapa proposal aku yang lain tak sangkut...fikir punya fikir, aku ada jawapannya.
1.Sebab masa pitching panel tak faham dan aku pulak mengelabah sampai merapu yang bukan-bukan kot. 2.Kurang berkeyakinan. 3.sebab aku tak cantik kot...heheheheheh...ye laa sebab aku lelaki melayu terakhir.

Tapi masa aku pitching Ustazah Dari UK, aku teruja semacam,macam masuk hantu..he..he..mungkin saka aku masuk dalam diri aku kot...ish mana boleh lagu tu syirik tu..aku clean OK...masa tu aku langsung tak tengok kertas, penal suruh cakap, aku terus pitching sampai panel tu kata dah stop dah 15 minit dah ,aku cakap tanpa ada nohtah rupanya.(masa untuk pitching 10 minit je).

proposal yang lain..aku gagap-gagap..sebab tu fail(takut sebab tengok muka panel tak mesra alam heheheh)..sebab tu laa proposal aku yang lain tak sangkut...

mmmmm...aku rasa takat tu lah kot yang aku mampu coretkan buat kali ini..


bye..C U..

CUT TO




Ahad, 7 Februari 2010

TELEMOVIE - ANAK-ANAK LORONG



INT - RUMAH AKU - RUANG TAMU - SIANG

Dah lama tak update blog ni...bz sikit, alhamdulilah ada Job baru..

Sementara Otak tengah blank ni, teringat pulak Telemovie tulisan terbaru dari aku, tulis je lah dalam blog, tambahan pulak editor baru je upload promo di Youtube.. adalah isu nak di tulis..KAN?...he..he..

Telemovie ini dijangkakan akan ditayangkan hujung bulan Feb atau awal bulan March, aku pun tak pasti lagi bila TX nya.. Tele ANAK-ANAK LORONG ini adalah karya tulisan aku yang 4 diarahkan oleh MP ROSLIN..




Anak-Anak Lorong mengisahkan..


AMIRA(12) dan AZIM(10) adalah dua adik beradik yang dilahirkan dan dibesarkan diLorong Haji Taib. Mereka berdua yang merupakan anak luar nikah dan tiada sijil kelahiran terpaksa hidup berdikari kerana ibu kandungnya sendiri tidak mahu mengaku mereka sebagai anak.

Amira lebih bernasib baik kerana dia sihat dari sebarang penyakit merbahaya sedangkan adiknya Azim pembawa HIV positif yang bakal menjerumus kepada Aids tanpa mereka sedari.

Pelbagai cabaran hidup mereka berdua tempuhi seperti kelaparan,penghinaan serta dipergunakan oleh manusia yang tidak berperi kemanusiaan dalam menggerah tenaga kanak-kanak bawahan umur sebagai pengemis.

Amira dan Amir berjaya melarikan diri dari kekejaman dan didera, mula menjadi kanak-kanak liar dan sukar didekati oleh mereka yang ingin membantu. Sehinggalah mereka bertemu dengan cikgu Mariah seorang insan berhati mulia yang mengambil mereka berdua sebagai anak angkat. Cikgu Mariah sebenarnya adalah anak kelahiran Lorong Haji Taib yang telah bernasib baik kerana mendapat bimbingan dan pendidikan dari kebajikan masyarakat sehingga dia berjaya.

Antara babak lakonan hebat Lisdawati

Babak lakoman Fauzi nawawi dan Zack Taipan...

Wan Maimunah pun ada...

Halimah Jongang Pun ada..eh! silap..Sheera Iskandar pun ada..


DATANG DI ASTRO PRIMA....Sabar Menanti

Blog Widget by LinkWithin