Khamis, 25 Februari 2010

BERITA - ANAK-ANAK LORONG

BORAK LOKASI: Nasib pelacur dalam Anak-Anak Lorong

Oleh Esme Johari Wahab
esme@hmetro.com.my
2010/02/25

BAU busuk dan meloyakan menusuk hidung sebaik saja menjejak kaki di hotel bajet di Lorong Haji Taib 4, Kuala Lumpur. Suka atau tidak, ia perlu juga dihidu kerana itulah lokasi penggambaran Anak-Anak Lorong.

Bau busuk itu semakin kuat sewaktu menaiki tangga untuk ke tingkat dua. Tiba tiba terdengar beberapa jeritan serta pekikan kuat seorang perempuan.

Dia adalah Sofea (lakonan Lisdawati), sedang bertengkar dengan Cikgu Mariah (Sheera Iskandar) yang datang bersama seorang rakan untuk membantunya serta menyampaikan risalah mengenai HIV.

Sofea trauma kerana baru saja mendapat tahu dia menghidap HIV positif selepas menjalani pemeriksaan doktor. Sofia menghamburkan kata-kata marah dengan nasihat yang diberikan Mariah dan mula terkenangkan dua anak diabaikan iaitu Amira, 8, (Erin Azali) dan Azim, 5, (Haikal Azali). Sungguh tragik apabila Azim juga menghidap HIV seperti ibunya.

Kedatangan cikgu itu membuatkan Sofea tertekan apatah lagi selepas menyedari dia ditipu oleh Daud (Fauzi Nawawi) yang mungkir janji untuk mengahwininya.
Daud sebaliknya menjadikan Sofea tempat mengaut duit. Dia turut menjual dua anaknya kepada satu sindiket kanak-kanak diketuai Zack Taipan.

Itu adalah antara jalinan cerita telemovie Anak-Anak Lorong membabitkan pelakon berkenaan dan kru produksi di hotel itu. Penggambarannya berlangsung selama tiga hari.

Pengarah, MP Roslin Md Sharif, 43, berkata, telemovie itu memaparkan kasih sayang dan kisah kehidupan anak pelacur yang tidak dipedulikan ibu sendiri.
"Menerusi tayangan selama 90 minit, 60 peratus berkisar mengenai emosi. Jangan salah anggap ia ada persamaan dengan karya Erma Fatima menerusi Tersasar Di Jalanmu.

"Garapan Anak-Anak Lorong bukan mengenai pelacur, tetapi berkisar kehidupan harian yang sukar dan tidak menentu dilalui anak pelacur.


"Filem itu cuba memaparkan kehidupan sebenar anak Lorong Haji Taib. Saya cuba ubah anggapan masyarakat bukan semua anak dilahir dan membesar di situ teruk. Malah, ada antara mereka yang bijak.

"Tidak semestinya kalau ibu jadi pelacur, anak pun ikut sama. Dalam cerita itu, watak Mariah dan Sofea berasal daripada anak lorong, tetapi melalui nasib berbeza daripada segi perjalanan hidup.

"Dalam telemovie itu, terdapat babak Amira dan Azim datang ke sekolah dan diajar Mariah. Anak-anak lorong juga berpotensi sama seperti kanak kanak normal lain kalau diasuh dengan betul," katanya.

Pengarah kelahiran Segambut Dalam yang mula mengarah sejak 1989 ini berkata, penggambaran keseluruhan memakan masa sembilan hari.

"Kami membuat penggambaran selama 15 hingga 16 jam sehari. Terdapat banyak gangguan terutama bunyi bising pengunjung keluar masuk hotel bajet. Lagipun, kami terpaksa mendapat bantuan polis untuk mengawal keselamatan kru sepanjang penggambaran dibuat.

"Antara lain, kami terpaksa membuat semula rakaman berikutan rumah pondok digunakan hilang ketika ditinggalkan di luar hotel itu ketika berehat. Saya sendiri disoal polis sewaktu mencari lokasi sesuai bagi mendapatkan situasi sebenar kanak kanak bermain di bawah lampu samar-samar pada waktu malam. Apapun, saya berpuas hati dengan dengan kualiti penggambaran ini," katanya.

TAJUK: Anak-Anak Lorong
TERBITAN: Desa Kreatif Sdn Bhd
GENRE: Drama Berat
PENERBIT EKSEKUTIF: Rezah / Shafirul Nizam
PENGARAH: MP Roslin Md Sharif (FDAM)
PENULIS SKRIP: Mohd Rohizan Ramli (Jai)
PENOLONG PENGARAH: Hazreen Hakim
PENGURUS PRODUKSI: Haji Hishammudin
PROP MASTER: Ahmad Rizuwan Abdullah
PROPMAN: Muhd Noor Ridduan Abdullah
JURUSOLEK: Wawa
RUNNER: Hairulsyukree Zawawee
HANDY: Mohd Jamalizan Kino/Mohd Mohadi Shaari/Norainon Abdul Rani
CO-ODINATOR: Shahroll Nizam Alias
JURUKAMERA: Helmizan Abdul Hamid (Apun)
PENATA CAHAYA: Faisal Din/Abdul Talib Mohd Amin
PENATA BUNYI: Mohd Roslan Ripin
BOOM MAN: Muhd Azeze Mohmad Kamarudin
PELAKON: Adik Haikal Azali, Adik Erin Azali, Lisdawati, Fauzi Nawawi, Ery Putra, Wan Maimunah, Sheera Iskandar, Roslan Saleh dan Zack Taipan
SIARAN: Astro Prima (105)
TEMPOH: 90 MINIT (Slot 2 jam)
KATEGORI : Telemovie
JANGKA TAYANGAN: Mac 2010

Khamis, 11 Februari 2010

KEPUTUSAN PITCHING RTM

INT - RUMAH AKU - RUANG TAMU - AKU - SIANG

Baru lepas mandi tak tahu nak buat apa walaupun masih berbelas episode lagi skrip aku yang tak siap, tiba-tiba, semasa aku nak duduk melepak ala-ala anak dara sunting yang malu-malu bagai nak dipinang Dato..

SFX - jeng!.Jeng!..kedebum!! kedebam!!

AKU
Woi diam laa,,....Sibuk je.
.

Itu lah padah music score yang tak kena tempat...

AKU
[mengeluh] potong stim betul..

SFX - Aaaaaaaaaaa...

Oklah serius-serius,,

aku pun dah naik lupa tentang Pitching dengan RTM. Tahun lepas March 2009 aku hantar 20 proposal semua tak sangkut. Aku adjust sikit hantar pada TV3 dan Astro Lulus, alhamdulilah lah..


Kali kedua aku mencuba nasib Pitching kali kedua bulan 11, 2009, aku hantar 5 je..tak harap sangat sebab masa aku pitching hari tu, aku tengok panel macam menguap dan mengantuk je pada aku yang membebel apa entah sampai aku sendiri pun tak tahu apa yang aku cakap..he..he..bila keluar dewan sah-sah lah tak lepas..

Tapi alangkah terkejut beruknya aku.. macam aku dapat result SPM 16 A..bila Producer United Kadila(Asa 2020) call aku mengatakan satu proposal aku sangkut tajuknya "USTAZAH DARI UK"..terpilih oleh panel RTM buat julung-julung kalinya nama aku sangkut di RTM .

Melompat bagai orang gila.


V.O JIRAN AKU
Woiiii..runtuh apatment ni karang...bawa-bawa lah mengucap sayang oiii..


Aku pun terdiam seketika, bertafakur. Dan duduk berbaring diatas sofa sambil senyum.
Aku pun fikir kenapa proposal aku yang lain tak sangkut...fikir punya fikir, aku ada jawapannya.
1.Sebab masa pitching panel tak faham dan aku pulak mengelabah sampai merapu yang bukan-bukan kot. 2.Kurang berkeyakinan. 3.sebab aku tak cantik kot...heheheheheh...ye laa sebab aku lelaki melayu terakhir.

Tapi masa aku pitching Ustazah Dari UK, aku teruja semacam,macam masuk hantu..he..he..mungkin saka aku masuk dalam diri aku kot...ish mana boleh lagu tu syirik tu..aku clean OK...masa tu aku langsung tak tengok kertas, penal suruh cakap, aku terus pitching sampai panel tu kata dah stop dah 15 minit dah ,aku cakap tanpa ada nohtah rupanya.(masa untuk pitching 10 minit je).

proposal yang lain..aku gagap-gagap..sebab tu fail(takut sebab tengok muka panel tak mesra alam heheheh)..sebab tu laa proposal aku yang lain tak sangkut...

mmmmm...aku rasa takat tu lah kot yang aku mampu coretkan buat kali ini..


bye..C U..

CUT TO




Ahad, 7 Februari 2010

TELEMOVIE - ANAK-ANAK LORONG



INT - RUMAH AKU - RUANG TAMU - SIANG

Dah lama tak update blog ni...bz sikit, alhamdulilah ada Job baru..

Sementara Otak tengah blank ni, teringat pulak Telemovie tulisan terbaru dari aku, tulis je lah dalam blog, tambahan pulak editor baru je upload promo di Youtube.. adalah isu nak di tulis..KAN?...he..he..

Telemovie ini dijangkakan akan ditayangkan hujung bulan Feb atau awal bulan March, aku pun tak pasti lagi bila TX nya.. Tele ANAK-ANAK LORONG ini adalah karya tulisan aku yang 4 diarahkan oleh MP ROSLIN..




Anak-Anak Lorong mengisahkan..


AMIRA(12) dan AZIM(10) adalah dua adik beradik yang dilahirkan dan dibesarkan diLorong Haji Taib. Mereka berdua yang merupakan anak luar nikah dan tiada sijil kelahiran terpaksa hidup berdikari kerana ibu kandungnya sendiri tidak mahu mengaku mereka sebagai anak.

Amira lebih bernasib baik kerana dia sihat dari sebarang penyakit merbahaya sedangkan adiknya Azim pembawa HIV positif yang bakal menjerumus kepada Aids tanpa mereka sedari.

Pelbagai cabaran hidup mereka berdua tempuhi seperti kelaparan,penghinaan serta dipergunakan oleh manusia yang tidak berperi kemanusiaan dalam menggerah tenaga kanak-kanak bawahan umur sebagai pengemis.

Amira dan Amir berjaya melarikan diri dari kekejaman dan didera, mula menjadi kanak-kanak liar dan sukar didekati oleh mereka yang ingin membantu. Sehinggalah mereka bertemu dengan cikgu Mariah seorang insan berhati mulia yang mengambil mereka berdua sebagai anak angkat. Cikgu Mariah sebenarnya adalah anak kelahiran Lorong Haji Taib yang telah bernasib baik kerana mendapat bimbingan dan pendidikan dari kebajikan masyarakat sehingga dia berjaya.

Antara babak lakonan hebat Lisdawati

Babak lakoman Fauzi nawawi dan Zack Taipan...

Wan Maimunah pun ada...

Halimah Jongang Pun ada..eh! silap..Sheera Iskandar pun ada..


DATANG DI ASTRO PRIMA....Sabar Menanti

Blog Widget by LinkWithin