Jumaat, 28 Mei 2010

TELEMOVIE - SAYAU DI KAPIT

SAYAU DI KAPIT

INT - RUMAH BARU - RUANG TAMU - AKU DAN HOUSEMATE - SIANG

Adalah telemovie pertama yang saya tulis dalam bahasa melayu tetapi di translate kedalam bahasa Iban. Sayau Di kapit adalah telemovie khas sempena perayaan Hari Gawai.

Susah juga menulis skrip ni..maklumlah mana saya tahu sangat kebudayaan bangsa Iban, tetapi hasil dari pembacaan,penceritaan,rujukan internet dan buku. Akhirnya telemovie ini siap dalam jangka masa 3 hari sahaja. Tetapi sebanyak 5 draft diperlukan untuk menjadikan telemovie ini kena dengan pesta gawai.

Tayangan adalah pada hari Sabtu 3.00 petang di RTM1 (slot Panggung 1) 5 June 2010.

Selamat menonton.

3 ulasan:

  1. boleh tahan. selama 3 tahun mengajar di kapit, walau kini dah transfer balik ke sibu kerana bertukar tempat mengajar...kAPIT TETAP CANTIK. Karya anda berjaya membuka minda pada sesiapa sahaja yang TIDAK MAHU ditugaskan ke kapit kerana pada hemat dan fikiran, Kapit sangat mundur dan ketinggalan segala-galanya. buat pengetahuan juga...di Kapit ada 6 buah bank, Sugarbun, hotel 2 hingga 3 bintang yang kini ada wi fi. Medan selera yang boleh mengalahkan Petaling Jaya Uptown mahupun Sentosa, meskipun tak setnding The Curve, roti canai goreng yang menyelerakan, keindahan budaya yang sangat tersendiri. Jangan terkejut kalau ternampak kereta Lamboghini dan Ducati di tepi kedai jual cat. Jangan rasa pelik bila melewati kawasan perumahan di Taman Siew Gin, Taman Ixora, dan sekitar kawasan Selirik...bagai melewati kawasan perumahan sekitar Bangsar. Pemerhatian anda amat bagus dan terperinci. Mohon perluaskan lagi karya anda bagi membuka minda masyarakat kita terhadap semua etnik seluruh Malaysia. Jika anda sudah memperkenalkan Kapit, jangan lupa perkenalkan kawasan lain seperti Sarikei, Bintangor, Pakan, Lundu, Baram, Belaga dan sebagainya yang kini semakin maju membangun. Sekurang-kurangnya SARAWAK TIDAK HANYA Bergantung pada hiasan bandar kuching sahaja...kawasan lain juga tidak kurang indahnya.

    BalasPadam
  2. hehe.. bgus cter 2.. ambik lagi banyak pelokan tempatan..

    BalasPadam
  3. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    BalasPadam

Blog Widget by LinkWithin