Khamis, 31 Disember 2009


SELAMAT TINGGAL 2009

INT-RUMAH AKU - BILIK - SIANG



sekejab sahaja masa berlalu kan, semakin tua satu tahun..

Tapi ada jugalah peningkatan dalam diri saya. Mulai Tahun 2010..CHONZ STUDIO akan dikenali sebagai AZKAR CHONZ STUDIO SDN BHD.

Untuk tahun 2010 antara karya tulisan saya yang akan keudara adalah,..
1.Biar Putih Tulang Jangan Putih Mata (terbitan AMC - astro Citra) - Penulis Pembantu
2.Anak-Anak Lorong (Terbitan Desa Kreatif - astro Prima) - Penulis Skrip
3.Salam Terakhir (Terbitan PTV Filem - astro Prima) - Penulis Skrip
4.Habil dan Qabil (Terbitan Film Scape - TV3) - Penulis Skrip
5.Tirai Semalam (terbitan Suhan Movie - RTM) - Penulis Skrip
dan ada lagi....Tungguuuuuuuuuuuuuuu...

Insyallah kalau dilempahkan rezeki, Syarikat saya akan terbitkan sendiri Telemovie, Dokumentary dan Short Movie. Walaubagaimanapun saya masih lagi akan menulis untuk penerbit-penerbit lain........

Moga tahun 2010 menjadi tahun yang mengembirakan kepada penulis-penulis yang ada...

Salam


Selamat tahun baru..

CUT TO

Khamis, 24 Disember 2009

DRAMA BERSIRI - BIAR PUTIH TULANG JANGAN PUTIH MATA

INT - RUMAH AKU - RUANG TAMU - SIANG


Tengah kering idea nak menulis skrip baru. Kemudian dapat sms dari Kak Maizura mengatakan saya dijemput untuk kemajlis pelancaran drama bersiri untuk astro Citra bertajuk BIAR PUTIH TULANG JANGAN PUTIH MATA. Panjangkan tajuk...dalam sejarah saya menulis drama yang punya tajuk paling panjang...he..he

Tapi malangnya, aku tak sempat nak hadir majlis tu. Pada mulanya memang niat nak pergi, tapi masa asyik menaip di lap Top..Tup..tup jam dah pukul 4.30 petang...mmmmm..majlis pun dah nak habis..kalau saya pergi pun sure tak sempat. Nak buat cam mana rugi je lah rasanya..

Ini adalah kali pertama saya jadi Co Writer untuk Maizura(penulis skrip utama), saya buat 2 episode je dari 8 episode, yang lain penulis lain buat..

Susah jugak nak menulis cerita ni, tapi cuba jugaklah sebab memang dah teringin lama nak belajar menulis dari kak Maizura yang popular dengan tulisannya dalam Datin Wan Abe, Nur Kasih, Tangisan Bulan Madu serta banyak lagi skrip dia yang meletop.

best jugak dapat join dengan kak Maizura, dia tak kedekut ilmu tunjuk ajar pada saya yang masih amatur ni..mmmm..banyak juga tips yang saya dapat..komen dia membina...boleh aku tingkatkan kualiti untuk job lain..

Malangnya..masa tengah menulis skrip drama Biar Putih Tulang Jangan Putih Mata yang berkisar tentang sukan badminton serta semangat memenangi piala Thomas..aku terpaksa stop menulis dan tumpukan menulis telemovie yang lain..sebab dateline bertembung.

Saya jenis tak boleh menulis dua cerita dalam masa yang sama.. mau tak mau saya kena pilih, jadi saya kenalah pilih tele yang cerita asalnya oleh saya sendiri..dah episode yang lain kak Maizura terpaksa sambung sendiri dengan bantuan penulis lain.

Tapi oklah...yang penting dapat berkenalan dengan kak Maizura..

mmmm..apa lagi ek...


mmmm...tunggu tayangan drama bersiri Biar Putih Tulang Jangan Putih Mata yang akan ditayangkan pada 6 january 2010..


He..he...kebetulan birthday saya pun 6 January...he..he.....


tengok jangan tak tengok...


chow...

nak sambung buat skrip...tiba2 dapat idea lak...

jumpa lagi..

CUT TO

Rabu, 4 November 2009

TELEMOVIE - ANAK-ANAK LORONG

POSTER TEASER - ANAK-ANAK LORONG

TELEMOVIE - SALAM TERAKHIR


POSTER TEASER - SALAM TERAKHIR

DOKUDRAMA - TIRAI SEMALAM


POSTER TEASER - TIRAI SEMALAM

EXT - RUMAH AKU - RUANG TAMU - AKU - MALAM

Belum mengantuk.

INSERT - Jam dinding pukul 3.30 am

Dalam lama tak update blog kenapa? sebab bz menulis skrip baru, skrip yang paling lama aku ambil masa untuk menulis, skrip ni laaa..huhu..

TIRAI SEMALAM masih lagi dalam working title, mungkin akan ditukar lagi. Tajuk asal KAU YANG KU SAYANG tapi sebab dah ada Drama lain yang guna tajuk yang sama, terpaksa lah cari tajuk baru...mmmmmmmmmmmmm...apa ek yang best?

Ini adalah projek kedua aku dengan Suhan Movie, terima kasih Abg Rosham Nor, Kak Julia, Haizan..sebab bersabar menunggu skrip ni siap.

AKU

Korang nak tahu kenapa?
sebab, 4 bulan baru siap...(tersengeh)

Tak pernah aku ambil masa yang begitu lama. Selalunya kalau 26 episode aku tulis skrip tak sampai sebulan dah siap...tapi yang kali ni berat sikit..4 bulan baru siap..macam-macam halangan, otak blank,demam, jatuh motor, Fail hilang kena virus...
Buat research pun ambil masa hampir 2 bulan...masuk PUSPEN, Tengok tempat dan sarang penagih, sampai aku pun dah macam penagih dah. Tak pernah-pernah aku masuk bilik Detoks..seram jugak..mmmm

Ini bukan drama biasa, ini adalah Dokudrama (Drama Dokumentari), sebanyak 26 episode dan bakal ditayangkan di RTM...hari ni (03 Nov 2009) hari kedua menjalani pengambaran sekitar KL.

Tirai Semalam mengandungi 26 episode yang berlainan cerita.

AKU

nanti tengok lah ek?
harap-harap memberi kesedaran pada masyarakat...


garu-garu kepala.

V.O AKU

nak tulis apa lagi ni..stop je laa..
nanti aku upload gambar pengambaran, itupun jika sempat laa...

menguap dan menoleh tengok TV...


CUT TO

Jumaat, 9 Oktober 2009

REVIEW - AKU JEBAT



Alhamdulilah
- Karya saya iaitu "AKU JEBAT" ada juga yang terpandang untuk dikomen, walaupun pada dasarnya saya amat kecewa dengan hasil(finish produk), disebabkan masalah teknikal, masalah editing, serta pelbagai halangan lain seperti penukaran Penerbit disaat-saat akhir, sebelum Telemovie itu memulakan pengambaran..

INI ULASAN yang dipetik dari BLOG http://tontonfilem.blogspot.com

*************************************************************************************

Aku Jebat(2009): Sebuah Lagi Terjemahan Jebat Moden

Sabtu lepas, Cerekarama TV3 menyiarkan telefilem ini. Tulisan skrip Rohizan Ramli memang patut dipuji. Aku suka; cepat, berdarah muda, bersemangat (rujuk pembukaan awal telefilem yang terikat dengan kronologi-kronologi yang mencemaskan - Jebat melarikan diri), walaupun ada bahagian-bahagian yang menampilkan melodrama terlalu yang biasa dalam drama-drama Melayu.

Ada unsur Razalisque (Rahim Razali) di dalamnya; unsur silat, adat dan adab Melayu melawan kapitalisme/ketamakan bangsa Malaysia sekarang, keteguhan iman di depan kemodenan, idealisme Jebat (dalam konteks amuk), adat melawan materialisme dan kekuatan patriaki lelaki menandingi wanita (tetapi filem ini tidak meleceh-lecehkan para wanita, walaupun memaparkan wanita agak lemah di hadapan kerakusan mental kapitalisme buatan patriaki lelaki).

Cerita membuka watak Jebat yang darah seluruh bajunya, keluar dari sebuah banglo mewah, melarikan diri, lalu bergerak ke arah sebuah hospital swasta, lalu kemudian ditangkap polis dan disiasat. Siasatan ini (konfesi Jebat di bilik siasat polis dan seorang wanita Indonesia lakonan Nadia Mustapha dengan dialek Indonesia yang buruk tetapi emosi yang betul terhadap cerita) adalah "cerita sebenar" Jebat, Jebat secara "moden" dikonstruksi dengan telahan kesosialan dan politik Malaysia abad ke-20 dan awal 21 - adakah kita masih memegang justifikasi "keadilan" Jebat? Apakah yang Jebat buat itu benar dan boleh dilepaskan penanggungjawabannya? Buat Rohizan, selepas di"selidik", Jebat di matanya tidak bersalah (hal ini tidak akan berlaku dalam filem Rahim Razali, kecuali Rentak Desa[1990]). Hal ini amat menarik, malah radikal dan berani untuk disiarkan. Secara "terselindung", perwira Malaysia (walaupun Jebat hanya mewakili keluarganya dalam filem ini) dibayangkan sebagai "the underdog", simbolisme marhaen tertindas. Lalu "Jebat" ini harus bangun menegakkan keadilan, seperti parti pembangkang (yang kononnya dilihat adil oleh majoriti masyarakat) melawan kerakusan politik wang dan kekotoran kuasa hegemoni parti pemerintah (yang kononnya dilihat kotor dan mencari material). Rohizan menghidangkan satu eskapisme bahawa kemenangan "jalan lurus" seperti Jebat (the underdog) boleh berlaku untuk mencantas kezaliman "yang memerintah", lantas tidak akan diadili undang-undang!

Lakonan memberangsangkan oleh orang baharu, Adzrie Faiz sebagai Jebat sangat-sangat patut dipuji. Adakah aku sudah menemui Eman Manan baharu? Tak mungkin, tetapi Adzrie menampilkan satu kesegaran, Jebatnya penuh adab, adat, romantisme (pejuang) tersesat dalam dunia moden dan menampilkan susila Melayu tinggi. Jebatnya hanya "mengamuk" bila dia "perlu" mengamuk. Malah filem ini menampilkan "justifikasi" Jebat mengamuk (lantas memberinya satu "poetic ending" yang agak Disney, kemungkinan mengisi kendong penerbit dan "orang awam" yang mana aku percaya Rohizan boleh saja bergerak ke arah "gelap" kalau beliau mahu), walaupun Adzrie agak "lembut" dalam amukannya (sengaja ditampilkan, Jebat dalam cerita ini sebenarnya tidak mengamuk per se, tetapi membunuh dengan "sedar").

Segala teknikal telefilem ini minima, malah amat berbajet rendah. Sebenarnya arahan filem ini mengarah ke pengarahan filem drama yang klise. Ada satu babak yang merencatkan realisme filem apabila Dato' Melayu dibayangkan seperti "raja miang" dengan dua "gundik" sebelah menyebelah, mengetip jarinya untuk "mengarah" gundinya pergi - sangat filem Hindustan! Terlalu banyak syot yang tipikal dan bosan, dengan runut bunyi "curi" yang melebih-lebih dengan tempo melodrama dan suntingan yang terlalu cepat atau terlalu janggal untuk dinikmati sebagai satu "sinema" yang menyeluruh. Telefilem ini hanya dibantu dengan kekuatan cerita yang menguja dan berisi oleh Rohizan. Aku dapat bayangkan, jikalah dipaparkan syot realisme, dengan cahaya lebih gelap, dan hanya paluan rebana dan kompang yang laju buat runut bunyi, satu "masterpiece" akan berlaku. Ya, aku tidak berbohong, kerana filem ini amat-amat relevan kerana berani dengan penampilan isu sensitif seperti aktiviti pelacuran yang didukung oleh tokoh Dato' Melayu (pembayangan semua orang atasan di Malaysia mempunyai dua dunia, juga pembayangan rasuah di Malaysia), isu pendatang dan orang atasan yang menjalankan sindiketnya, justifikasi keadilan politik serta penindasan orang miskin dan marhaen dalam dunia serba hadhari dan 1Malaysia (rujuk juga filem pendek "Rumah" arahan Linus Chung). Semua hal ini dijalin baik oleh Rohizan dalam cerita yang bernaratif saspens serta realis.

Aku seronok bukan apa, bukan sahaja Aku Jebat merupakan satu filem yang menggerakkan genre "amuk" yang memang kurang dalam data filem Malaysia, tetapi Rohizan menampilkan satu penyambungan terhadap apa yang Rahim Razali sudah wariskan buat kita.

*************************************************************************************

ANTARA MASALAH YANG SAYA TERIMA SEMASA MENULIS dan sehingga DITAYANGKAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:

SEMASA MENULIS SKRIP.

Idea asal (dalam bentuk sinopsis ditulis pada bulan Nov. tahun 2008)

Menerima email dari penerbit mengatakan proposal diluluskan pada June 2009

Saya terpaksa berhadapan dengan masalah Rombakan Skrip untuk memenuhi tuntutan badget yang minima. (TETAPI ITU BUKAN ALASAN UNTUK TIDAK MENGHASILKAN KARYA YANG BAIK)

Skrip yang sudah lebih 50% siap terpaksa ditulis semula selepas Fail yang terkandung didalamnya diserang Virus. (File hilang) - Dah Nasib badan..

menghadapi tekanan bila tarikh bermulanya shooting hanya tinggal seminggu, skrip belum siap tetapi terpaksa jalankan prepro disebabkan penerbit terikat dengan TX dari stesyen TV.

SEMASA PRE PRODUCTION

Sukar untuk mendapat pelakon.(RAMAI PELAKON TELAH TERIKAT DENGAN PRODUCTION LAIN)

Penukaran Penerbit disaat-saat akhir. ULEK URAI PRODUCTIONS SDN BHD(PENERBIT ASAL) diambil alih oleh ALPHANIUM SDN BHD atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Penukaran pengarah daripada MURALI kepada MP ROSLIN (Terima kasih kepada abg MP Roslin sebab sudi mengarah skrip saya yang memeningkan kepala disaat-saat akhir)

SEMASA SHOOTING

Berlakunya peristiwa dimana masa yang tercatat didalam skrip adalah sama dengan masa realiti. Contohnya didalam skrip tertulis SUPER: 3.00 pagi, secara kebetulan proses shooting berlaku juga pada pukul 3 pagi..bukan sekali tetapi kejadian itu berlaku 3 kali...(menyebabkan bulu tengkuk saya meremang. (Hari tersebut kami selesai shooting lebih kurang pukul 5 pagi)..

Ada juga kejadian DEJAVU yang berlaku contohnya Lokasi yang saya gambarkan dalam skrip benar-benar wujud,sedangkan saya tak pernah ke lokasi itu sebelum ini ( Rumah Jebat yang menggunakan sebuah rumah di Gombak).

Terpaksa Re shoot satu scene kerana tape rosak. (scene di hospital) - Padahal tak rosak pun..

Selesai pengambaran setelah bertungkus lumus selama 8 hari.

SEMASA EDITING (Paling mengerunkan)

Penukaran 4 Editer..(saya pun terkejut satu telemovie menggunakan seramai 4 editor yang bertukar tangan) selalunya seorang atau 2 orang sahaja.

Bermulanya Offline - Masalah pertama wujud - Sound tersekat-sekat semasa transfer dari tape ke mesin editing (PC). Sedangkan masa shooting sound clear pulak.

Online - File hilang dan terpaksa Re edit semula. (saya terpaksa bergegas dari Terangganu ke KL(sampai pukul 2 pagi) - untuk membantu proses editing yang kucar kacir.

Siap separuh Re Edit - PC rosak (guna software Adobe Premier) - terpaksa hantar repair di Imbi plaza. (saya pun ikut serta rombongan hantar PC ke Imbi..huhuhu)

Siap Online - Proses transfer ke DIGITAL TAPE - Sound hilang lagi..huhu..muzik tak ada..

Nak tahu tak berapa lama proses Editing siap? 18 hari , kenapa tak caya? (Macam tak percaya kan, sebab selalunya 5-7 hari dah siap)

TX(Tarikh tayangan) sepatutnya 8 ogos 2009 terpaksa ditunda kepada 15 ogos 2009, ditunda lagi dan akhirnya ditayangkan
pada 5 September 2009.

Saya tak sabar nak menonton di TV3 malam tu, tetapi setelah menontonnya ternyata saya kecewa kerana terdapat pemotongan dan kualiti Audio dan suntingan yang tak kemas.(Iklan pun banyak gila)

WALAU BAGAIMANAPUN

Saya amat berterima kasih kepada semua Crew, pelakon, pengarah dan penerbit yang menjayakan projek yang penuh dengan dugaan.

Tunggu kemunculan Karya saya yang akan datang.(Saya akan terus belajar dari kesilapan dan membaiki kelemahan)

TERIMA KASIH SEMUA..

Khamis, 17 September 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

DARI SAYA MOHD ROHIZAN RAMLI

Jangan lupa menonton Telemovie saya di Syawal ini. (MAWI OH MAWI dan MR MAMA BERAYA)

MAAF ZAHIR DAN BATIN
Blog Widget by LinkWithin