Ahad, 10 Januari 2010

BERITA - TIRAI SEMALAM

Rosyam singkap peranan AADK


BAKIR Zain (duduk, tengah) dan Rosyam Nor (berdiri, enam dari kiri) bersama barisan pelakon Tirai Semalam di lokasi pengambaran siri tersebut Puspen Dengkil, baru-baru ini.


SEHINGGA kini Malaysia antara negara yang tidak pernah putus asa membanteras gejala penagihan dadah. Usaha berterusan ini akan terus dilakukan berdasarkan catatan statistik tahunan melibatkan jumlah kemasukan ke pusat pemulihan yang tidak pernah langsung memperlihatkan tanda-tanda penyusutan.

Bukan sahaja melibatkan golongan dewasa malah, lebih malang lagi turut melibatkan golongan remaja yang masih di bawah umur.

Senario ini tentu sahaja membimbangkan. Biarpun pelbagai usaha membanteras najis dadah cuba diketengahkan namun, hasilnya masih belum menampakkan jalan penyudah.

Menyedari hakikat itu, Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd., dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bekerjasama menerbitkan siri dokudrama, Tirai Semalam yang dijangka mampu menyuntik kesedaran di kalangan belia dan masyarakat.

Mengambil daripada kisah-kisah benar yang terjadi kepada penghuni Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen), lebih 1,000 fail diterima oleh pihak penerbitan, bagaimanapun hanya 26 fail sahaja dipilih atas persetujuan AADK.

Rantaian 26 episod arahan Haris Abdul Kadir yang berdurasi selama 30 minit setiap episod itu dijangka menemui penonton di kaca televisyen April ini.

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam Tirai Semalam termasuklah Nasrizal Ngasri (Bell), Mahmud Ali Basha, Aleza Shadan, Norul Iman, Al-Haiqal, Khaty Azean, Azza AF1, Zack Kool, Khairul Anwar, Azman Nor, Yaya Ismail, Mak Jah dan Yus Waisar.

Penerbitnya, Rosyam Nor ketika ditemui di Puspen Dengkil baru-baru ini memberitahu, sehingga kini pihaknya masih lagi berbincang dengan beberapa stesen televisyen berhubung penyiaran rancangan tersebut.

“Daripada kisah yang dipaparkan, 80 peratus daripada jalan cerita yang dipaparkan dalam Tirai Semalam menyamai kisah sebenar yang berlaku.

“Ada beberapa penambahan dan juga pengurangan watak daripada kisah fail yang kita ambil bagi mencantikkan lagi jalan cerita tersebut,” katanya.

Melibatkan pelakon baru dan lama, menurut Rosyam, strategi yang cuba dilakukan ialah tidak meletakkan barisan pelakon yang terlalu popular kerana ingin penonton merasakan paparan yang cuba disampaikan seperti realiti.

“Karyawan tempatan dan pihak kerajaan menerusi AADK sama-sama main peranan dalam membanteras penularan dadah.

“Bukan itu sahaja, dalam siri ini juga AADKM turut menyelitkan motivasi bagi mengembalikan semangat penghuni Puspen terutamanya bekas penagih dadah sendiri untuk kembali kepada kehidupan normal mereka.

“Apa yang saya harapkan, ini bukanlah usaha terakhir penerbit-penerbit tempatan atau Suhan Movies sendiri untuk menerbitkan rancangan berbentuk dokudrama sebegini,” kata Rosyam yang mengemukakan kertas kerja penerbitan Tirai Semalam ke AADK hampir tiga tahun lalu.

Apa yang paling menyentuh hati, menceritakan sebuah kisah daripada fail tersebut, di mana seorang remaja perempuan yang berusia 16 tahun dihalau dari rumah oleh bapanya hanya kerana dia mencuri RM10.

Bagaimanapun, dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, remaja tersebut telah dirogol berkali-kali sehingga memaksanya mencari perlindungan di sarang penagih.

Bagaimanapun, remaja tersebut berjaya diselamatkan oleh AADK dan ditempatkan di Puspen kerana enggan pulang ke pangkuan keluarganya.

“Di sini, kita dapat menyelami bagaimana kisah di sebalik kejadian yang berlaku ke atas para penghuni Puspen sendiri.

“Bagaimana kesilapan yang kecil, memberi kesan dalam hidup remaja itu selama-lamanya di mana kita lihat perkara kecil menjadi punca dia terjebak dalam penagihan dadah,” kata Rosyam lagi.

Di samping pengajaran dan motivasi, pelbagai info tentang dadah juga diselitkan dalam dokudrama tersebut sebagai pengetahuan dan pengawasan ibu bapa terhadap anak-anak mereka.

Sementara itu, Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan, Datuk Bakir Zin pada majlis yang sama memberitahu, tujuan siri tersebut diterbitkan adalah untuk AADK menyalur informasi kepada masyarakat dalam usaha mendidik dan menyatakan kesan akibat penyalahgunaan dadah.

“AADK main peranan besar dalam memastikan negara tidak terus dibelenggu oleh musuh nombor satu negara ini.

“Apa yang ingin ditonjolkan dalam Tirai Semalam ialah bahayanya penggunaan dadah tanpa kawalan. Sebelum ini telah banyak usaha yang AADK lakukan termasuk program motivasi dan pameran namun, dilihat kurang memberi kesan.

“Menggunakan medium drama dan lakonan kami rasa lebih berkesan dan secara tidak langsung diharap dapat menimbulkan kesedaran kepada masyarakat,” katanya.

Tambah Bakir, hampir 70 peratus kejadian jenayah di negara ini dikaitkan dengan penagih dadah.

Oleh yang demikian, kata Bakir, AADK memandang serius dalam menangani penularan penyebaran dan penagihan dadah.

Isnin, 4 Januari 2010

Biar Putih Tulang jangan Putih Mata

Opening Montage dan Promo Biar Putih Tulang jangan putih Mata.



Akan ditayangkan mulai 6 Januari 2010 di Astro Citra. Sebanyak 8 episode.



Selamat menonton.

Khamis, 31 Disember 2009


SELAMAT TINGGAL 2009

INT-RUMAH AKU - BILIK - SIANG



sekejab sahaja masa berlalu kan, semakin tua satu tahun..

Tapi ada jugalah peningkatan dalam diri saya. Mulai Tahun 2010..CHONZ STUDIO akan dikenali sebagai AZKAR CHONZ STUDIO SDN BHD.

Untuk tahun 2010 antara karya tulisan saya yang akan keudara adalah,..
1.Biar Putih Tulang Jangan Putih Mata (terbitan AMC - astro Citra) - Penulis Pembantu
2.Anak-Anak Lorong (Terbitan Desa Kreatif - astro Prima) - Penulis Skrip
3.Salam Terakhir (Terbitan PTV Filem - astro Prima) - Penulis Skrip
4.Habil dan Qabil (Terbitan Film Scape - TV3) - Penulis Skrip
5.Tirai Semalam (terbitan Suhan Movie - RTM) - Penulis Skrip
dan ada lagi....Tungguuuuuuuuuuuuuuu...

Insyallah kalau dilempahkan rezeki, Syarikat saya akan terbitkan sendiri Telemovie, Dokumentary dan Short Movie. Walaubagaimanapun saya masih lagi akan menulis untuk penerbit-penerbit lain........

Moga tahun 2010 menjadi tahun yang mengembirakan kepada penulis-penulis yang ada...

Salam


Selamat tahun baru..

CUT TO

Khamis, 24 Disember 2009

DRAMA BERSIRI - BIAR PUTIH TULANG JANGAN PUTIH MATA

INT - RUMAH AKU - RUANG TAMU - SIANG


Tengah kering idea nak menulis skrip baru. Kemudian dapat sms dari Kak Maizura mengatakan saya dijemput untuk kemajlis pelancaran drama bersiri untuk astro Citra bertajuk BIAR PUTIH TULANG JANGAN PUTIH MATA. Panjangkan tajuk...dalam sejarah saya menulis drama yang punya tajuk paling panjang...he..he

Tapi malangnya, aku tak sempat nak hadir majlis tu. Pada mulanya memang niat nak pergi, tapi masa asyik menaip di lap Top..Tup..tup jam dah pukul 4.30 petang...mmmmm..majlis pun dah nak habis..kalau saya pergi pun sure tak sempat. Nak buat cam mana rugi je lah rasanya..

Ini adalah kali pertama saya jadi Co Writer untuk Maizura(penulis skrip utama), saya buat 2 episode je dari 8 episode, yang lain penulis lain buat..

Susah jugak nak menulis cerita ni, tapi cuba jugaklah sebab memang dah teringin lama nak belajar menulis dari kak Maizura yang popular dengan tulisannya dalam Datin Wan Abe, Nur Kasih, Tangisan Bulan Madu serta banyak lagi skrip dia yang meletop.

best jugak dapat join dengan kak Maizura, dia tak kedekut ilmu tunjuk ajar pada saya yang masih amatur ni..mmmm..banyak juga tips yang saya dapat..komen dia membina...boleh aku tingkatkan kualiti untuk job lain..

Malangnya..masa tengah menulis skrip drama Biar Putih Tulang Jangan Putih Mata yang berkisar tentang sukan badminton serta semangat memenangi piala Thomas..aku terpaksa stop menulis dan tumpukan menulis telemovie yang lain..sebab dateline bertembung.

Saya jenis tak boleh menulis dua cerita dalam masa yang sama.. mau tak mau saya kena pilih, jadi saya kenalah pilih tele yang cerita asalnya oleh saya sendiri..dah episode yang lain kak Maizura terpaksa sambung sendiri dengan bantuan penulis lain.

Tapi oklah...yang penting dapat berkenalan dengan kak Maizura..

mmmm..apa lagi ek...


mmmm...tunggu tayangan drama bersiri Biar Putih Tulang Jangan Putih Mata yang akan ditayangkan pada 6 january 2010..


He..he...kebetulan birthday saya pun 6 January...he..he.....


tengok jangan tak tengok...


chow...

nak sambung buat skrip...tiba2 dapat idea lak...

jumpa lagi..

CUT TO

Rabu, 4 November 2009

TELEMOVIE - ANAK-ANAK LORONG

POSTER TEASER - ANAK-ANAK LORONG

TELEMOVIE - SALAM TERAKHIR


POSTER TEASER - SALAM TERAKHIR

DOKUDRAMA - TIRAI SEMALAM


POSTER TEASER - TIRAI SEMALAM

EXT - RUMAH AKU - RUANG TAMU - AKU - MALAM

Belum mengantuk.

INSERT - Jam dinding pukul 3.30 am

Dalam lama tak update blog kenapa? sebab bz menulis skrip baru, skrip yang paling lama aku ambil masa untuk menulis, skrip ni laaa..huhu..

TIRAI SEMALAM masih lagi dalam working title, mungkin akan ditukar lagi. Tajuk asal KAU YANG KU SAYANG tapi sebab dah ada Drama lain yang guna tajuk yang sama, terpaksa lah cari tajuk baru...mmmmmmmmmmmmm...apa ek yang best?

Ini adalah projek kedua aku dengan Suhan Movie, terima kasih Abg Rosham Nor, Kak Julia, Haizan..sebab bersabar menunggu skrip ni siap.

AKU

Korang nak tahu kenapa?
sebab, 4 bulan baru siap...(tersengeh)

Tak pernah aku ambil masa yang begitu lama. Selalunya kalau 26 episode aku tulis skrip tak sampai sebulan dah siap...tapi yang kali ni berat sikit..4 bulan baru siap..macam-macam halangan, otak blank,demam, jatuh motor, Fail hilang kena virus...
Buat research pun ambil masa hampir 2 bulan...masuk PUSPEN, Tengok tempat dan sarang penagih, sampai aku pun dah macam penagih dah. Tak pernah-pernah aku masuk bilik Detoks..seram jugak..mmmm

Ini bukan drama biasa, ini adalah Dokudrama (Drama Dokumentari), sebanyak 26 episode dan bakal ditayangkan di RTM...hari ni (03 Nov 2009) hari kedua menjalani pengambaran sekitar KL.

Tirai Semalam mengandungi 26 episode yang berlainan cerita.

AKU

nanti tengok lah ek?
harap-harap memberi kesedaran pada masyarakat...


garu-garu kepala.

V.O AKU

nak tulis apa lagi ni..stop je laa..
nanti aku upload gambar pengambaran, itupun jika sempat laa...

menguap dan menoleh tengok TV...


CUT TO
Blog Widget by LinkWithin